Sunday, December 30, 2012

Bandung (2)

(Originally posted in my parenting blog iwannabeibumithali.blogspot.com on 24th Jul 2011.)

Saya sudah menulis pengalaman Hari 0 - Hari 5 di sana dalam satu lagi pos. Dalam pos ini saya nak menulis tentang beberapa perkara yg saya pelajari melalui pengalaman berwisata di Bandung :-)
  • On language and vocabulary



Org Bandung adalah orang Sunda. Mendengar percakapan supir kami di telefon dan semasa menanya orang di jalan, bahasanya tidak sama dengan Bahasa Indonesia. Bahkan tulisan2 di gerai2 makanan pun banyak yang tidak kami ketahui. Jadi mungkin supir2 dan staf2 hotel itu tahu Bahasa Indonesia. Antara vocab baru kami di sana ialah (Tak tahu mana yg bahasa Indonesia, mana yg bahasa Sunda)
Nelp= menelefon
Rukuh, mukena = telekung solat
Bordir = sulaman
Pulsa = kredit utk prepaid handphone
Baju koko = baju kemeja lelaki kolar cekak musang
Rok = skirt panjang
Stelan = baju sepasang, baju+ seluar / baju+rok
Kaos = t-shirt
Gamis = jubah
Ketan = pulut
Jahe = halia
Grosir dan eceran = (rasanya) grosir=borong, eceran=beli

Satu hari saya dapati tiada tuala mandi di bilik hotel lalu saya call room service dan mereka kata 'tuala sudah habis'. Kemudian saya jelaskan yg saya maksudkan ialah kain lap badan selepas mandi iaitu bath towel, pastu baru dapat tuala itu.
Nama-nama tempat di sini banyak bermula dgn huruf C.
  • On shopping
Hahaha, kami baru tahu factory outlet tu rupanya sama mcm F.O.S. dan Reject Shop di mall2 di M'sia. Pakaian berjenama antarabangsa yg reject, kualitinya tinggi, dan harganya juga mahal, sekalipun di Bandung. (Siapa yg pakai jeans ori mungkin mendapati yg di Bandung sangat murah). Jadi bila dah sampai di sana kami hanya beli sikit pakaian utk budak. Bagi anda yg tak pakai jeans, blaus, kemeja kasual, dress - tak payahlah pergi F.O. Tudung, jubah, baju kurung - memang tak ada kat FO, sebagaimana ia tak ada di FOS dan RS di Msia. Untuk anak2, t-shirt muslimah murah kami tak jumpa.
Yg kami beli beberapa helai utk setiap orang ialah di PasarBaru. Dalam Pasar Baru tu ada beberapa kedai butik dan yg majoritinya ialah kedai2 kecil. Jadi pakaian berkualiti dan tak berkualiti semua ada di sini. Kalau di PasarBaru, mintalah diskon sekitar 1/2 dari harga yg ditawar. Tapi mereka mungkin tak mahu bagi semurah itu kecuali kalau kita beli banyak di kedainya.
Kalau nak beli baju kasual dan seluar x berjenama dan t-shirt Bandung dgn mudah, mungkin Cihampelas ialah tempatnya.
Shopping buku best juga sebab di Bandung ada Palasari dan BBC. Kalau nanti pergi Jakarta, kena singgah di Gramedia.
  • On food
Apa yg membuat kami cirit-birit? Hipotesis saya ialah nasi pecel di Cipo itu mungkin dimasak pagi tapi kami makan masa dah nak dekat Maghrib.
Oh ya, ada juga kopi yg mungkin dari tahi musang. Halal? Entahlah. Kata Ocen, ada restoran besar di sini (kalau tak silap Bali Seafood) menghidang babi.
  • On the less fortunate people
Ada kawan kata, kat sini kalau bagi sedekah kat sorang, menderu2 peminta sedekah lain akan dtg kepada anda. Itu tak terjadi kpd kami. Peminta sedekah yg saya nampak, di KL lagi teruk keadaannya (sebab kat KL ada sindiket). Mereka ini bukan sampah, mereka cuma rakyat yang diabaikan.
Mungkin saya nampak orang kurang siuman sebanyak 3 kali. Dua tipikal iaitu lelaki kusut-masai yang berjalan di kota. Satu lagi memang pelik iaitu seorang perempuan berkulit gelap yang tidak berpakaian, duduk di tepi kedai di desa di Lembang. Sekali lagi, mereka ini bukanlah pembuat sakit mata anda, tapi ahli keluarga dan rakyat yang diabaikan oleh orang yg tak bertanggungjawab. Kapitalisme tak akan dapat menyelamatkan golongan ini. Maka marilah tegakkan sistem Islam agar nasib semua makhluk (meskipun seekor haiwan) terjaga.
OKU pula saya cuma nampak sekali iaitu satu pasangan buta yg melintas jalanraya bersama-sama. Ya suasana bandar di Bandung sama seperti di M'sia, non-OKU friendly. 
  • On taxi drivers and tour drivers
Pemandu teksi di sini ramah dan rajin memberi maklumat tentang tempat2 utk dikunjungi. Kalau handphone mereka berdering semasa ada penumpang, mereka tak akan memperdulikannya (kecuali supir yang anda tempah untuk sehari suntuk). Setakat teksi yg kami naiki, tak nampak ada yg mempunyai walkie-talkie. Oh ya, sesetengah taxi driver / supir mungkin akan mengoffer anda perkhidmatan tour, bahkan mencarikan bibik. Tapi seorang rakan lain menceritakan yg dia mendapat seorang supir yg asyik nak rushing saja - masa diorg shopping, supir tu panggil balik cepat2 sampai diorang tak puas bershopping.
  • Berjimat cermat at Bandung?
Kalau anda ke Bandung untuk berjimat membeli-belah, pastikan (1) dapat tiket kapalterbang yg murah (2) anda beli barang yg memang murah di Bandung berbanding di Msia (banyak juga brg yg harganya lebih kurang saja) (3) minta diskaun di Pasarbaru.
Di Bandung ni, antara yg mahal ialah (1) tiket masuk ke tempat2 wisata (wisatalah bersama rakan/saudara anda penduduk tempatan kalau mahu murah) (2) minuman yg ditolak di dlm kotak beroda di Pasarbaru (air kotak di kedai rp2k, dia jual rp10k) (3) barang2 di Tangkuban Prahu, terutamanya peniaga yg berjalan (tapi ada yg mendesak anda membeli, jadi mintalah diskaun kalau tak mampu menolak) (4) servis yg ditawarkan, kalau anda org luar yg tak tahu harga standard. Contohnya seorang pemandu teksi menawarkan tour sehari dengan harga 600k utk 14 jam, sedangkan kebanyakan org membayar hanya 400k utk sehari suntuk, dan ada juga yg membayar 450k utk 4 hari. Contoh lagi (Ocen yg cerita) ada org membayar 1juta kpd org yg menawarkan utk menjadi tourist guide di kawah dorman tangkuban prahu.
  • On sickness
Pulang ke Msia, kami sekeluarga ada sakit masing2 - saya dan suami cirit-birit, anak2 selesema, Asma' dapat luka di tepi bibir.
  • On the children
Anak2 kami tak suka jalan shopping di tpt sesak. Mereka sangat gembira berjalan di tpt nature yg tak ramai pengunjung spt Maribaya, tambah pula restorannya berkonsep makan bersila dan luas utk Alfatih berjalan-jalan. Dan satu lagi cabaran bersama anak2 ialah memastikan mereka mendapat tidur yg cukup supaya tak meragam, dan bawa bekal air masak supaya mereka tak merayu kita membeli air troli yg berharga 5 kali ganda.

  • To remember for future trips
  1. Beli tiket flight yg murah - need planning
  2. Senaraikan brg yg anda mahu beli - esp buku, sbb kedai buku di Palasari efisien, penjual/pekerjanya seolah hafal tajuk2 buku yg mereka jual dan lokasinya.
  3. Take some time to search for current price of services and things that you need before arriving - tiap kali org tawarkan sesuatu, buat calculation dan kalau agak2 mahal, tolak saja dan cari org lain. Sesetengah servis mungkin anda tak perlukan pun. Tak rugi kalau bersikap fikir 2 kali utk perkara spt ini
  4. Buy map book as soon as you reach if the map provided in your hotel brochure is not good- kedai2 baju di Cihampelas ada jual buku peta lengkap GPS koord. Di airport, yg peliknya, buku ini dijual di tempat berlepas bukan ketibaan
  5. Gadget yg anda bawa - pelajari tekniknya. Saya rugi sbb x dpt connect kpd 3g melalui handphone saya (rupanya kena buat manual setting utk APN) dan tak dapat ambil gambar panoramic mengguna camera sbb tersalah teknik.
  6. Kalau nak shopping semata2 tak payah bawak budak. Bawa saja sampel baju kalau takut salah saiz. 
  7. Tapi kalau nak bawa budak berwisata, planlah dulu nak ke mana. Bukan Tangkuban Prahu saja tpt menarik di Bandung ni. Kalau ikut kata Ocen, pergi Kawah Putih pun dapat tgk kawah gunung berapi juga, dan bayaran masuknya lebih murah dan di sana tak banyak penghisap duit. (TP di utara bandung, KP di selatan. Jarak antara keduanya berjam2).
  8. Update 16/12/11: Read this book. Isinya x sama dgn tajuk. Ia menceritakan byk tpt menarik di Bandung, dilihat menarik dr pelbagai sudut, sekali dgn sejarah ringkas tpt itu, dgn gaya yg agak berterus-terang. Bahasa Indonesia, sy fikir buku ini ditulis utk khalayak rakyat Indonesia.   http://books.google.com.my/books?id=Zxow5ng9r5QC&pg=PA115&dq=Wisata+Paris+Van+Java+By+Her+Suganda&hl=en&sa=X&ei=L2vqTt_KIcq4rAfjtu2ECQ&ved=0CDIQ6AEwAA#v=onepage&q&f=false
Itu saja catatan peribadi saya. Mungkin akan ditambah kalau teringat.

No comments:

Post a Comment