kalau kita nak hidup bahagia, kita kena tahu utk tidak menggunakan fb bila bukan masanya. ada saat, minit, jam, malahan hari atau minggu, kita kena go fb-less, wasap-less, instagram-less. Letak handphone di satu sudut yg diketahui yg jauh dari capaian mata dan tangan kita. bergerak lakukan kerja wajib yg belum selesai. nikmati apa yg sedang dilakukan dgn penuh konsentrasi, tanpa rasa urgensi untuk merekodkannya dlm handphone utk dishare dgn khalayak. Bukan semua masa begini, tapi perlu ada. walaupun sedikit.
Saya pernah merasai satu blissful moment pd ketika sedemikian. iaitu saya jauh dari handphone saya, dan ada beberapa saat semua manusia tidak kelihatan memegang handphone atau mengambil gambar. semuanya berkonsentrasi dgn ibadah mereka. semuanya khusyuk, tiada yg memekik, tiada yg berdesakan. itulah ketika yg berlaku beberapa saat sahaja. rasa bahagia tiba-tiba memasuki diri seperti angin menderu memasuki tingkap kereta yg sedang berjalan. ia cuma sekejap tapi amat kuat. saya rindukan saat itu. Moga Allah rezekikan saya utk merasai lagi tawaf dalam suasana demikian, malahan meluas ke waktu-waktu lain.
No comments:
Post a Comment